Friday 31 May 2013

Mencapai Kejayaan Dalam Perniagaan


 Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Untuk menceburi didalam bidang perniagaan adalah sesuatu risiko yang paling besar demi untuk mendapatkan pelbagai faktor dan elemen yang mempengaruhi didalam kejayaan sesuatu perniagaan. Dengan keadaan dunia perniagaan yang sentiasa berubah-berubah, harus peka dan mengikuti perkembangan pendekatan perniagaan agar tidak ketinggalan dan sedia bersaing dengan cara sihat. Dalam dunia perniagaan kita haruslah bijak meramal apa yang akan berlaku nanti.  Apapun perniagaan yang akan kita jalankan, perlu ada realistik juga faktor yang relevan.


 
Googles Images





Sentiasa Ada Sasaran dan Strategi Yang Baru

Dalam apa juga perniagaan yang akan kita jalankan perlu ada sasaran mahupun strategi yang baru dalam satu jangka atau masa yang sesuai, informasi baru tentang produk serta servis yang cepat.  Ini adalah kerana pelanggan sekarang ini semakin bijak untuk menilai sesuatu yang mereka kehendakkan.  Jangan hanya bergantung kepada pengalaman yang kita sedia ada akan tetapi harus berani mencuba sesuatu yang baru serta kreatif dan inovatif. 

Sentiasa Meningkatkan Tahap Kerjaya

Sentiasa lah meningkatkan tahap kerjaya atau sasaran kerja pada setiap masa untuk menentukan pencapaian yang baik dan berkualiti.  Sesuatu perubahan juga harus dikongsi bersama dengan kakitangan dalam sesuatu syarikat, agar dapat memupuk sesuatu warga kerja yang berkualiti dan inovatif.  Pastikan syarikat dilengkapi dengan maklumat terkini secara konsisten kepada pelanggan agar sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.  Harus juga mengambil tahu tentang kegunaan produk serta perkhidmatan yang syarikat anda berikan agar dapat memenuhi cita rasa pelanggan.  Mempermudahkan dan memperrcepatkan pelanggan adalah perkhidmatan yang terbaik.

Saya suka dengan kata-kata ini yang saya petik daripada buku ' tip menawan hati pelanggan' yang berkata, KEIKHLASAN, KESUNGGUHAN dan KEBAJIKSANAAN perlu ada sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Sambil-sambil saya berkongsi pengetahuan tentang mencapai kejayaan dalam perniagaan, saya juga ada tugasan yang harus diselesaikan iaitu menyiapkan tempahan baju kurung untuk pelanggan saya yang dah bertahun-tahun menjadikan saya tempat mereka sekeluarga menempah pakaian untuk semua perayaan.




Sunday 26 May 2013

Kelebihan Butik Online


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Koleksi Peribadi

Koleksi Peribadi


Apa Kelebihan Butik Online

Sebenarnya saya agak kebingungan hari ini apa yang harus saya tulis untuk entri saya hari ini. Daripada pagi tadi selepas sarapan, masih belum mendapat idea untuk tajuk entri saya.  Selepas solat zuhur, tiba-tiba terfikir kenapa tidak memberi tajuk entri saya kali ini tentang kelebihan butik online sesuai dengan blog dan perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang ini.

Mungkin anda berfikir, apakah dengan berniaga butik online itu boleh menguntungkan?  Sebenarnya berniaga butik online itu memang menguntungkan sekiranya anda tahu cara dan jalan yang betul.
Disini saya ingin berkongsi tip-tip yang harus anda tahu sebelum membuat bisnes butik online:-

1) Harus Menanam Satu Motivasi Di Minda
Motivasikan dahulu  diri anda seolah-olah anda mendaki sebuah gunung yang memang susah untuk di daki dan harus mengharungi liku-liku yang amat payah.  Jadi memang susah bukan? kerana dengan cara ini, anda boleh melakukan hal-hal yang orang lain anggap mustahil tetapi untuk anda capai  adalah mudah. Apalagi kalau cuma bisnes butik online yang sama sekali bukan hal mustahil anda boleh lakukan.

2) Cara Anda Berfikir
Banyak anggapan orang diluar sana menganggap berniaga bisnes butik online adalah cepat untuk mendapat wang. Itu adalah satu-satu pendapat yang salah dan tidak mendatangkan hasil kalau tidak disusuli dengan kesungguhan. Perniagaan bisnes butik online memerlukan banyak idea-idea yang boleh anda fikirkan, agar anda tahu bagaimana nak mempromosikan produk anda juga memerlukan kepakaran yang banyak menggunakan otak untuk berfikir.  Sama juga cara bisnes butik offline, kena berkerja keras dan bukannya berkerja sehari esok nya kita dah mendapat banyak wang. Pemikinan sedemikian harus dibuang jauh-jauh kerana anda harus mempunyai kesabaran yang cukup kuat.

3) Harus Fokus Pada Perniagaan

Untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan bisnes butik online harus mempunyai kesungguhan dan fokus yang konsisten. Tidak ada sesuatu perniagaan dibuat segalanya dalam satu masa.  Jika anda ingin memulakan suatu bisnes butik online, haruslah menfokuskan pada hanya satu bidang dahulu sebelum memulakan yang lain.  Ini kerana bila terlalu banyak perniagaan yang  nak dibuat dalam satu masa,  maka tumpuan akhirnya menjadi  kelam kabut.

Jangan merasa takut untuk terus maju.  Kesungguhan dan ketabahan melaksanakan sesuatu in shaa allah, akan berjaya juga akhirnya.  Yang penting harus memberi fokus yang serius. 



Friday 24 May 2013

Jumaat [25/5/2013] - Sambal Udang Kering


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina


Hari ini saya ingin berkongsi resepi Sambal Udang Kering.  Masakan yang paling senang dan mudah juga makanan kegemaran kami sekeluarga.

Jika dimakan dengan nasi panas atau roti memang sesuai sekali.



Bahan-Bahannya:-
 
 

1 Paket sederhana Udang Kering ] di rendam dan ditumbuh jangan terlalu hancur

10 Ulas Bawang Putih ] ditumbuh 

5 Biji Bawang Merah yg sederhana besarnya ]ditumbuh

2 Biji Bawang Besar (bawang holland) ] dihiris bulat-bulat

2 Inci Halia ] ditumbuk 

2 Cubit asam jawa [boleh juga menggunakan asam keping 2 keping]

4  Sudu besar [sudu lauk] cili kering [elok guna cili kering yang digiling sendiri]

Garam

Gula [agak-agak ada rasa manis-manis sedikit disebabkan kita meletakkan air asam jawa atau asam keping]

Minyak Masak [ biar lebih sikit supaya nanti sambal udang itu tak kering sangat ] 




Koleksi Peribadi



Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Panaskan minyak masak kedalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar (holland) yang dihiris tadi serta halia sambil kacau perlahan-lahan sehingga bau wangi bawang itu naik dan kekuning-kuningan.
  3. Masukkan cili kering tadi dan kacau perlahan-lahan serta kecilkan api agar cili dan bahan-bahan tadi tidak hangus.
  4. Bubuh air asam jawa atau asam keping itu dan biarkan kan sehingga cili kering itu betul-betul masak.
  5. Bubuh garam dan gula secukup rasa
  6. Apabila cili kering tersebut dah betul-betul masak, baru lah masukkan udang kering yang telah ditumbuk tadi dan kacau sehingga betul-betul sebati dengan udang kering tersebut.  Kalau sekiranya terlalu kering, bubuh sedikit air dan biarkan sehingga udang kering itu masak dan minyak nya naik.
  7. Sambal udang kering ini tak boleh terlalu kering mesti biarkan ada minyak timbul agar sambal udang tersebut elok.
  8. pastikan secukup rasa dan sekiranya anda memang suka bubuh aji no moto dibolehkan.  Ikut cita rasa masing-masing





Thursday 23 May 2013

Perkhidmatan Pelanggan DiUtamakan


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina



Khidmat pelanggan adalah sesuatu yang sangat penting bagi yang hendak menjalankan sesuatu bisnes, tidak kira bisnes kecil-kecilan mahupun yang besar. Ini adalah tanpa pelanggan perniagaan kita tidak akan wujud. Didalam sesebuah perniagaan banyak yang harus kita lakukan seperti membina hubungan baik dengan semua orang tidak kita bangsa atau agama serta selalu berdamping rapat kepada mereka dan dengan cara itu adalah salah satu untuk mempromosikan produk atau barangan yang akan kita niagakan.  Kadang-kadang ada diantara peniaga yang kurang mengambil berat tentang khidmat pelanggan.  Ini dapat saya rasakan apabila berkunjung ke sebuah butik mahupun apa-apa kedai, selalunya mereka lebih kepada menjadi penonton atau lebih banyak berdiam sambil memerhatikan saja pengunjung tersebut melihat sekeliling, tanpa diberi penerangan mengenai produk atau barangan yang mereka niagakan. Sedangkan itu adalah satu peluang yang tak harus dilepaskan.  Dengan hanya seorang pelanggan boleh menjadi berpuluh-puluh lagi pelanggan yang akan datang sekiranya kali pertama pelanggan itu datang dan diberi sambutan yang cukup baik, dimana nanti pelanggan pertama akan memberitahu kawan-kawannya bahawa layanan serta perkhidmatan yang diberikan oleh kita itu menjadi satu fenomena yang baik sekali. Maka disini lah sebenarnya perhubungan tersebut baru nak bermula.


Googles Image



Antara tip-tip yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:-  

Percakapan yang jelas serta budi-bicara yang cantik 

Biasanya pelanggan akan datang semula membeli, sekiranya penjual itu memberi satu kata-kata yang cukup baik seperti 'silakan masuk cik/encik ' tengok-tengok lah mana tau ada yang berkenaan dihati, lepas tu terangkan apa perkhidmatan yang kita beri kepada pelanggan. Sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, mesra dan suka membantu apabila mereka memerlukan atau bertanya soalan.

 Janji di tepati 
 
Sentiasa peka akan perkara ini dan jangan sesekali untuk tidak menepati  janji.  Sekiranya seorang pelanggan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin kita tidak dapat laksanakan seperti yang diminta cubalah sejujurnya memberitahu pelanggan tersebut bahawa anda akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang pelanggan itu nak.  Katakan kepada pelanggan tersebut, bahawa anda akan usahakan. Dapatkan nombor telefon pelanggan tersebut agar anda dapat menghubungi beliau, sekiranya pesanan yang dikehendaki itu dapat atau sebaliknya. Apabila kita telah berjanji kepada pelanggan untuk menghantar pesanan mereka, perlu diambil berat dan jangan memungkiri janji kerana boleh melibatkan reputasi bisnes kita tak elok.  Jika sekiranya janji tidak dapat dipenuhi, perlu bagi kita untuk memaklumkan kepada pelanggan dengan segera dan memohon maaf dengan serta merta.  Cubalah selesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin agar tidak timbul kesulitan bagi pihak pelanggan.  Ini juga satu cara untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan kita serta kedua-dua pihak akan berpuas hati. 

Menyimpan Butir-Butir Pelanggan

Setiap peniaga haruslah menyimpan butir-butir pelanggan seperti no. telefon, email serta alamat untuk memudahkan bagi anda menghubungi semula pelanggan tersebut atau ada membuat sebarang promosi untuk produk atau barangan anda. Juga untuk membina hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan. Hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan sangat-sangat penting, kerana dengan cara ini mereka mesti akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan mereka sekaligus boleh menjadi pelanggan yang baru untuk anda juga serta bakal menjadi pelanggan setia kepada anda juga. 


Beri perkhidmatan yang senang kepada pelanggan kita
 
Sudah semestinya setiap peniaga nakkan sesuatu yang terbaik dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang senang dan mudah kepada pelanggan. Berbagai idea dan usaha harus diambil kira kepada pelanggan yang sedia ada mahu yang bakal menjadi pelanggan supaya mereka merasa dihargai. Apa lagi sekiranya produk ataupun barangan yang hendak di jual itu barangan yang sangat laris maka stok harus sentiasa ada dan tidak akan  terputus bekalan apabila pelanggan berkehendakkan barangan tersebut jangan sampai pelanggan putus angin.  Sekiranya berlaku kecuaian seperti ini besar kemungkinan pelanggan tersebut akan beralih arah kepada penjual lain.  Disini kita dah kehilangan seorang pelanggan yang baik.

Wednesday 22 May 2013

Mengenai Bisnes Dropship Serta Panduan dan Teknik Jualan

 Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina


Sebelum ini saya memang tidak memahami langsung apa itu bisnes dropship, sehinggalah seorang kawan memberi penerangan jelas mengenai hal ini dan mencuba mengendalikan bisnes dropship.  Disini juga saya ingin berkongsi tentang apa itu dropship setelah saya sendiri berpengalaman mengendalikan bisnes dropship walaupun saya sendiri mempunyai produk untuk dipasarkan.  Sedikit panduan mengenai teknik jualan tentang bisnes dropship.


 
Googles Image



Membuat Kajian Pemasaran Terlebih Dahulu Sebelum Menjual adalah satu langkah yang bijak  sebelum   melakukan bisnes dropship dan harus mengkaji terlebih dahulu bagaimana sambutan atau  permintaan diluar sana agar ini memudahkan kita mengetahui apa sebenarnya yang dikehendaki oleh orang diluar sana, agar produk yang akan kita pasarkan mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Jangan sesekali melakukan perniagaan tanpa membuat kajian terlebih dahulu kerana dengan sikap kononnya dengan melibatkan diri dengan bisnes dropship, dengan mudah mendapat sambutan yang menggalakkan.  Apa yang akan terjadi sekiranya produk tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan? tentu sahaja kita membuang banyak masa untuk memasuk muat produk tersebut kedalam facebook mahupun blog sedangkan barang tersebut tidak mendapat sebarang keuntungan. Rugi masa dan tenaga dengan seharian menghadap komputer. 
 
 Mengkaji berapa  keuntungan yang kita dapat daripada pembekal serta harus juga membuat kajian daripada pesaing yang mungkin menawarkan lebih murah daripada kita.  Pastikan apa juga bisnes mesti ada membuat keuntungan pada diri kita. 
 
Amat penting sekali kita haruslah mencari dropship yang membekalkan barang-barang yang memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta memenuhi permintaan orang ramai. Pada masa ini memang ramai pembekal diluar sana yang menawarkan dropship kepada mereka yang berminat. 
  
Sebelum memulakan haruslah memilih dropship yang betul-betul sesuai dan membuat kajian serta melihat apakah permintaan orang diluar sana serta pastikan pembekal barang-barang itu dapat memenuhi kehendak atau permintaan mereka. Perlu bijak dalam membuat penilaian yang sesuai dengan bisnes dropship. 
 
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mempromosikan jualan untuk produk kita, seperti facebook, blog, forum, twitter, ebay dan mudah.my. Kalau kita berkemampuan boleh juga mengeluarkan sedikit modal untuk membina website sendiri.

Dalam berurus niaga dengan pembekal dropship ada banyak kebaikan disamping dapat mengenal diantara satu dengan lain walaupun melalui alam maya akan tetap disebabkan kita saling berhubung mengenai produk, maka disini kita boleh berkongsi pengalaman bersama.

Rabu [22/5/2013] - Susahnya Membuat Sesuatu Perubahan Dalam Diri

Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina 
 
Setiap kali bangun pagi ada kalanya diri kita ini  dipengaruhi oleh emosi yang tidak seimbang.  Sesekali hati jadi gunda gulana yang kita sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba jadi seperti itu.  Padahal sebelum masuk tidur telah menanam satu azam agar esok nak memulakan satu perubahan yang boleh meningkat diri sendiri.  Akan tetapi apabila dengan tiba-tiba tengah malam terjaga, susah pula nak menutup mata ini untuk tidur semula akibatnya keesokan hari nya badan jadi letih dan keadaan diri jadi penat.  Untuk membuat sesuatu perubahan dalam diri ini memang bukan semudah yang kita semua fikirkan.  Seseorang haruslah mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan mampu menangani segala unsur-unsur yang boleh mematahkan semangat yang berkobar-kobar untuk membuat sesuatu perubahan pada diri masing-masing.
Adakalanya, pada saat dan masa itu perasaan kita betul-betul nak membuat sesuatu perubahan pada diri kita, akan tetapi bila sampai waktunya, banyak sangat halangan yang terpaksa ditempuh umpamanya, apabila kita dengan mengumpul azam yang tinggi, tiba-tiba seorang kawan menegur atau bercakap sesuatu kepada kita dengan satu perkataan yang negatif, tiba-tiba seluruh tubuh badan kita jadi lemah dan membunuh segala usaha kita yang sememangnya nak memulakan sesuatu perubahan  pada hari itu. Walaupun  kita membaca banyak buku-buku motivasi untuk menambahkan pengetahuan tentang bagaimana nak memulakan sesuatu perubahan akan tetapi sehari dua dapat melakukan selepas itu azam tinggal azam sahaja.
 
Googles Image



Kebanyakan kita ini selalu meningatkan diri kita sendiri apabila kita nak telah melakukan sesuatu yang terbaik namun gagal juga jalan yang kita temui.  Kata-kata yang selalu ditanamkan dalam diri kita ialah 'kegagalan hari ini tidak semestinya gagal selamanya, kerana setiap apa yang hendak kita lakukan atau capai, haruslah menemui kegagalan dahulu agar setiap apa yg kita rasai daripada kegagalan tersebut boleh membuat kita lebih cekal untuk berjaya dan terus berjaya.  Dalam masa yang sama disamping kita nak menjadikan diri kita orang yang paling berjaya juga akan melalui bermacam-macam dugaan kehidupan seharian.  Banyak juga orang-orang yang disekeliling kita suka memberikan kita kata-kata yang negatif mahu positif.  Melalui kata-kata  negatif daripada seseorang terhadap kita juga boleh menjadikan kita lebih nak berusaha kearah yang konsistent supaya kita boleh membukitkan bahawa kita mampu untuk bangkit semua daripada kegagalan kita sebelum ini.

Dalam erti kata yang lain, sesuatu perubahan yang hendak kita lakukan juga harus memerlukan disiplin yang tinggi serta kita juga harus untuk mendekatkan diri kita kepada allah s.w.t dan memohon kepadanya agar segala urusan dipermudahkan dunia dan akhirat, diberi kesihatan tubuh badan yang sihat serta dimurahkan rezeki juga segala perkerjaa diberkati oleh allah s.w.t..In Shaa Allah sama-sama lah kita saling mengingati diantara satu dengan lain agar kehidupan kita ini sentiasa dilandasan yang betul.
Dalam bercerita tentang kehidupan ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang cara nak mempromosikan perniagaan bagi yang memiliki perniagaan bisnes online.  Sebenarnya dengan cara mempromosikan blogshop, terdapat banyak cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan kita.  Selain daripada mengikuti mana-mana forum, exchange link dengan rakan-rakan niaga yang lain atau tinggalkan link di blog/shout box log lain dan sebagainya.  Dengan cara ini kita mempromosikan produk dengan lebih berkesan, in shaa allah berjaya.  Memandangkan saya ini bukanlah pandai sangat nak buat entri yang panjang-panjang, nak update blog pun seminggu sekali pun susah, jadi marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman mahupun pengetahuan yang kita ketahui bersama.  Semoga mendapat lebih banyak ilmu dan menaafaat lagi.


Friday 17 May 2013

Rabu [4/4/2013] - Sedikit Khasiat Tentang Rumpai Laut


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Google Picture

Semalam, saya bersembang dengan seorang rakan di facebook. Beliau bercerita tentang menu tengah harinya iaitu ‘kerabu rumpai laut’. Hati saya tertanya-tanya sama ada rumpai tersebut boleh di makan atau tidak? Sesuatu yang asing bagi saya mendengar hidangannya itu kerana setahu saya rumpai laut biasanya dimasak atau direbus untuk dibuat minuman atau dimakan begitu sahaja. Terus terang, saya tak pernah makan rumpai laut kerana bau yang sangat kuat dan hanyir walaupun sudah dibasuh berkali-kali, tetapi rakan saya ini bersungguh-sungguh menyatakan ia tidak seperti sangkaan saya. Ini sekaligus mendorong saya untuk mencuba resepi seperti yang disarankan oleh beliau.
Awal pagi tadi, saya ke sebuah pusat membeli belah di Shah Alam yang secara kebetulan lalu di sebuah kedai produk kesihatan. Saya terus bertanya tentang rumpai laut untuk dibeli. Rupa-rupanya rumpai laut pun ada gred-gred tertentu, saya memilih ‘medium’ gred. Apabila tiba di rumah saya terus mencuci sehingga bersih sepuas hati saya. Selepas itu saya rendam rumpai tersebut selama 6 hingga 8 jam. Setelah ia mengembang saya cuci lagi sekali dan mula memotong cili padi, cili besar, bawang merah (semua dihiris halus) ikan bilis digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing lalu saya tumbuh separuh sehingga lumat dan selebih ikan bilis itu saya biarkan sahaja sebagai tambahan. Asam limau kasturi, gula dan secubit garam. Akhirnya, saya gaul semua bahan-bahan tadi. Rasanya enak sekali, Cuma lebih enak bila disimpan dahulu di dalam peti ais.
Inilah hasilnya:-
Koleksi Peribadi



Sedikit khasiat tentang Rumpai Laut.

Rumpa laut, makanan tambahan yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Vitamin C, Magnesium dan Kalsium juga Omega 3 yang akan membuat kulit kita kenyal dan licin. Membantu merawat masalah kulit. Iodine didalamnya mampu untuk memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak). 


Disamping menikmati kerabu rumpai laut yang sedap ini, saya sedang mendapat satu idea tentang rekaan pakaian yang boleh diilhamkan daripada keindahan yang terdapat di laut tempat rumpai laut ini hidup. Semoga idea-idea tersebut akan dapat saya laksanakan. In shaa allah.








Hari Isnin - 2/4/2013 [Monday Blues] Yang Penuh Cabaran


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Peribadi & Google


Selalunya ini lah kata-kata yang akan keluar setiap kali bakal  hari isnin menjelang tiba, paling tidak pun terlintas di fikiran petang hari ahad mahu pun sebelah malamnya, mungkin ramai yang diluar sana akan merasa sedemikian. bermula seperti 'eekkk bosannya, malasnya kerja, bosannya tak ada mood lah dan macam-macam alasan yang terkeluar daripada mulut seseorang yang  akan keluar berkerja keesokan hari. Atau adakah setiap minggu kita semua akan merasai sedemikian? Ini disebabkan kita telah berehat selama dua hari daripada tugasan di pejabat, jadi minda kita agak keliur sedikit apabila nak memulakan tugasan seperti biasa.

Google Image
Selalunya istilah ini dipanggil 'monday blues' dan semua yang berkerja akan menghadapi suasana seperti ini, tidak kira majikan mahupun pekerja.  Mungkin juga semasa kita berehat selama dua hari itu kita membuat aktiviti-aktiviti yang lasak, membawa keluarga balik kampung dengan memandu terlalu lama jadi badan kita agak kepenatan, mengadap komputer seharian dan macam-macam aktiviti yang boleh mempengaruhi minda kita sehingga tak bersemangat langsung. Monday blues mungkinkah petanda prestesi pekerjaan anda terjejas atau bakal merosot? Memang benar apabila kita sampai ke pejabat, suasana jadi malas, menguap, mata berair dan kuyu. Rasa nak tidur sahaja.  Senyuman pun kelihatan macam senyum tak nak senyum sahaja dan boleh dikatakan apa saja yang kita lakukan pada masa itu semuanya tak menjadi.

Istilah monday blues ini adakah satu fonemena yang biasa atau yang boleh diterima oleh sesebuah orginasisi? Adakah ketua jabatan memahami Monday blues yang anda alami? Bolehkah mereka bertolak ansur sekiranya anda tidak menyiapkan sesuatu tugasan hanya kerana hari itu monday blues? dan berkemungkinan jika anda berterusan begini boleh menjejaskan produktif tugasan yang harus disiapkan pada hari dan masa itu. Jadi jangan jadikan monday blues menyerang minda anda atau membiarkan ia terus bersarang.

Koleksi Peribadi
Cubalah merancang dan melaksanakan sesuatu tugasan satu persatu dan jangan biarkan monday blues ini merosakkan impian dan cita-cita anda.  Tekadlah untuk terus melangkah ke tempat kerja dengan penuh bersemangat seolah-olah anda tidak sabar untuk memulakan sesuatu tugasan pada hari itu. Dengan semangat dan minda yang bersedia, anda pasti akan berjaya melepasi monday blues yang selalu membuatkan hari-hari seseorang tidak produktif dan seterusnya tersenyumlah dengan penuh keyakinan diri yang tinggi sehingga ke hujung minggu.

Bagi saya monday blues adalah sesuatu yang amat menyeronokkan untuk memulakan idea-idea baru tentang rekaan saya.  Inilah hasil kerja yang saya lakukan daripada pagi monday blues hingga ke petang.  Sesuatu tugasan yang membuatkan saya mampu tersenyum.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...